utk sapa yg xpenah mkn pechal...ni aku bgtau pechal tu apa...
dimulakan dengan kuah pechal,bahan-bahan dalam kuah pechal adalah
1.kacang tanah (wajib ada,kalau x bkn pechal la namanya)
2.cili kering
3.asam jawa
4.daun limau purut
5.cekur
6.last but not least gula n garam sesedap rasa
bahan-bahan di atas ditumbuk semua sekali

bila dh ada kuah...so kena la carik sayur-sayuran...antara sayur-sayuran yang biasa ada dalam pechal adalah
1.kangkung
2.pucuk ubi
3.bihun(ada setengah daerah guna nasi himpit)
4.timun
5.sengkuang
yg lain2 tu...boleh tambah sesuka hati

harga kuah pechal(kering)...rm20.oo untuk sekilo....ilustrasi sekadar hiasan...bila anda nk beli kuah pechal tu...sayur-sayuran tidak disertakan...

Untuk penyediaan pechal,sila baca arahan di bawah

1.Sediakan air panas
2.Sediakan sambal pechal tersebut di dalam mangkuk
3.Tuang air panas dan gaul sehingga sebati (air jangan terlalu banyak supaya kuah tidak cair)
4.Biarkan selama 3-5 minit supaya kuah betul2 sebati dengan air.
5.Gaul kuah tersebut dengan sayur-sayuran yang telah anda sediakan.

"SELAMAT MENJAMU SELERA"

Name:
Email Address:
Mobile No:
Delivery Address:
Order Items (with quantity):
Payment Method: C.O.D
Maybank
Public Bank

Form provided by Freedback.